MELINDUNGI PC


CARA MELINDUNGI PC ANDA

Jika CP anda sering dikongsi dengan rakan atau keluarga dan juga bersambung ke internet maka ia pasti terdedah kepada jangkitan virus atau sebrang perisian jahat. Maka cara-cara berikut boleh membantu anda dalam mengendali PC anda supaya anda tahu apa yang perlu anda lakukan.

PENGENDALIAN PC BERJANGKIT

1. Pembersihan : Operasi pembersihan wajar dilakukan terutamanya jika prestasi komputer anda menjadi semakin lemah atau menurun. Jidi anda mungkin perlu membersihkan folder Temporary Internet Files and Temp terlebih dahulu. Jika langkah ini dirasakan sukar, tinggalkan dahulu dan lakukan kembali.

2. Pemeriksaan segera : Bagi mendapatkan penilaian serta merta, langkah ini boleh dibuat dengan pergi ke mana-mana khidmat pengimbasan dalam talian. Selepas pergi ke laman tersebut, tunggu kira-kira 30 saat (mungkin lebih lama pada sistem yang perlahan) untuk melihat laporan yang muncul. Catatkan setiap jenis parasit yang berjaya dikesan. Perlu diingatkan, kaedah ini tidak semestinya menyeluruh, tetapi boleh memberi gambaran awal dan boleh mengesan parasit yang gagal dikesan dengan cara lain.

3. Membuang program : Sesetengah parasit boleh dibuang dengan mudah dan berkesan menerusi applet Add/Remove Programs dalam Windows Control Panel. Sesetengahnya masih degil dan tidak berjaya dibuang, bahkan banyak juga yang tidak kelihatan menerusi applet ini. Bagaimanapun, sesetengahnya seperti parasit Wild Tangent, Weatherbug, dan Viewpoint yang sering ditemui, boleh dibuang di sini.

Jadi, sekiranya perasit itu berjaya disingkatkan menerusi applet tersebut, maka tugas anda lebih mudah kerana tidak perlu menggunakan perisian pembersih lain. Tetapi ada parasit-parasit serius yang gagal disingkirkan tetapi kelihatan dalam applet Add/Remove Programs. Parasit-parasit itu dikenali sebagai MySearch, MyWay, MyWeb, MyWebSearch, dan lain-lain lagi. Apa pun, parasit ini mesti dihapuskan.

4. Menyediakan peralatan : Anda boleh memindah terima (download) mana-mana aplikasi pembanteras yang sesuai seperti CWShredder dan Ad-Aware. Selepas ia dipindah terima, ia boleh ditempatkan di bahagian desktop. Selepas perisian ini dipasang, anda boleh memutuskan talian internet sebelum PC dibutkan semula. Satu lagi aplikasi popular yang anda boleh gunakan ialah Spybot Search & Destroy.

5. Jalankan CWShredder : Seterusnya, bka program SWShredder dan folder zipnya, dan tutup semua pelayar web dan program lain yang sedang berjalan. Kemudian, pasang utility ini dan aktifkan agar ia menjalankan operasinya. Anda boleh menjalankan CWSherdder dahulu kerana ada sesetengah versi parasit seperti CoolWeb-Search yang boleh menghalang fungsi Ad-Aware dan utility seumpamanya dan berfungsi dengan berkesan. Kini, CWShredder dianggap sebagai salah satu peralatan yang penting.

6. Jalankan Ad-Aware : Pasang perisian ini, kemudian kemaskini dan baru dijalankan. Biarkan aplikasi ini membuang parasit yang ditemuinya. Perlu diingatkan, untuk parasit-parasit yang sedang beroperasi, Ad-Aware mungkin tidak boleh membuangnya ketika pengimbasan pertama. Biasanya, anda mungkin diminta untuk mencubanya sekali lagi selepas sistem dibutkan. Jadi cuba semula. Jika ia tidak meminta berbuat begitu, anda boleh membutkan semula sistem dan menjalankan Ad-Aware sekali lagi.

Bagi mendapatkan fungsi yang lebih canggih anda boleh memasang Spybot Search & Destroy. Dalam kebanyakan kes, anda boleh membuang item-item berwarna merah yang berjaya dikesannya. Bagaimanapun, anda mungkin masih perlu berhati-hati ketika menggunakan perisian ini.

7. Gunakan kaedah lain : Sekiranya anda yakin masih dijangkiti parasit di dalam sistem, anda boleh menggunakan cara lain melalui perisian seperti HijackThis. Kebanyakan orang menggunakan perisian ini untuk mengimbas sistem, bukan untuk membuat pembetulan. Simpan catatannya dan poskannya ke forum-forum atau kumpulan berita yang boleh dipercayai selain disertai pengguna mahir dan pakar.

No comments: