Asas Perlindungan Spyware

Pengguna boleh menetapkan untuk memindah terima fail perisian dari tapak-tapak web yang diyakini sahaja. Pada masa sama mereka perlu berwaspada dan mengelak daripada memindah terima dan tapak yang mencurigakan, biarpun perisian yang ingin diperolehi itu diyakini mempunyai fungsi yang baik.

Berikan perhatian kepada mesej yang muncul apabila memasang program. Ada program spyware yang memaparkan mesej seperti meminta izin untuk memasang aplikasinya, tetapi ia kerap dicantum dengan beberapa mesej lain yang boleh mengelirukan atau tiada kaitan dengan proses pemasangan spyware.

Pastikan pengguna memasang perisian antivirus yang kerap dikemaskini dan anti-spyware yang boleh mengimbas dan membuang spyware. Ada program direka untuk mengesan dan membuang spyware. Tetapi, pengguna dinasihatkan agar menggabungkannya dengan perlindungan antivirus yang berkesan.

Pengguna perlu melindungi sambungan Internet dengan firewall (hardware atau software). Ini mampu mencegah spyware daripada menghantar maklumat kepada pihak lain dengan cara menyeludup keluar maklumat tersebut. Jadi, pintu-pintu (port) komunikasi dalam komputer perlu dilindungi dan dipantau.

Sebelum memindah terima sesuatu perisian – khususnya yang berkaitan dengan Internet – kaji terlebih dahulu latar belakang dan fungsinya, contohnya tidak disertakan paparan iklan. Maklumat ini boleh diperolehi daripada Internet dan fokuskan kepada ulasan pakar atau pengguan yang sudah memasang perisian itu.

No comments: